Monday

Laman Utama

Selamat datang ke blog Persatuan Pelangi HUSM.

Persatuan Isteri dan Staf Wanita Hospital Universiti Sains Malaysia atau dikenali sebagai Pelangi HUSM, telah didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Sekyen 7 Akta Pertubuhan 1966, pada 15 haribulan Jun 2011. Persatuan ini dinaungi oleh Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia iaitu Dato' Dr. Zaidun Kamari. 

Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, selaku pengasas dan pengerusi persatuan Pelangi HUSM, Datin Dayang Sufiah Azamain yang juga isteri Pengarah Hospital HUSM, menjadi pencetus semangat dalam melakukan aktiviti persatuan yang terdiri daripada isteri dan staf wanita Hospital Universiti Sains Malaysia. 

Dalam memantapkan aktiviti-aktiviti persatuan ini, laman blog ini dicipta khas bagi menambahbaik program sedia ada dan mewujudkan peningkatan aktiviti yang bakal dijalankan. Selari dengan tujuan Persatuan Pelangi HUSM, laman ini diharapkan dapat meningkatkan aktiviti perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan tabung kewangan persatuan disamping menggalakkan penyertaan ahli baru. 

Antara program yang telah dijalankan sepanjang penubuhan ini ialah Jualan Amal dan Majlis Sumbangan Zakat kepada staf wanita yang layak. Berbagai program dan rancangan yang akan dijalankan seperti program keusahawanan, pendidikan, ceramah kesihatan, jualan amal dan lain-lain dalam usaha mencapai matlamat penubuhan persatuan ini. 



No comments:

Post a Comment