Tuesday

Jualan Garaj PELANGI HUSM


Pada 24 - 25 Ogos 2011 yang lalu, Persatuan PELANGI telah menganjurkan Jualan Garaj sempena kehadiran bulan Syawal / sambutan hari raya Aidilfitri. Pelbagai barangan terpakai telah dikumpul (hasil sumbangan orang ramai/staf Hospital USM dan AJK PELANGI) dan disaring terlebih dahulu sebelum dipilih untuk dijual kepada orang ramai. Barangan terpakai yang dijual terdiri daripada pelbagai beg terpakai, pakaian terpakai, barangan permainan kanak-kanak, majalah dan pelbagai barangan terpakai lain yang masih lagi elok dan cantik.


Sepanjang tempoh jualan diadakan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Syukur ke hadrat ilahi Jualan Garaj pertama anjuran Persatuan PELANGI ini berjalan lancar walau AJK dan ahli PELANGI yang terlibat terpaksa bekerja keras di bulan Ramadhan yang penuh berkat. Selain booth barangan terpakai PELANGI, jualan ini turut disertai oleh Sime Darby dengan menyediakan produk keluaran mereka untuk dijual dan juga dari pelbagai individu lain yang telah menyewa booth yang telah disediakan. Dana yang terkumpul seterusnya digunakan untuk memberi sumbangan kepada insan yang lebih memerlukan.



No comments:

Post a Comment