Objektif Penubuhan


Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Isteri Dan Staf Wanita Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan (Pelangi HUSM). 

Tujuan Penubuhan:

  1. Tujuan Pelangi HUSM ini ditubuhkan adalah untuk kebajikan dan melakukan amal jariah atau kegiatan-kegiatan yang menuju ke arah pendidikan dan kebajikan serta taraf isteri dan staf wanita Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. 
  2. Mengeratkan perhubungan silaturrahim dan menyatupadukan isteri-isteri kepada staf dan staf wanita di semua peringkat perkhidmatan. 
  3. Menggalakkan kegiatan-kegiatan yang bermanfaat dalam bidang-bidang budaya, sukan, pendidikan, kebajikan, sosial dan kerohanian demi untuk faedah masyarakat. 
  4. Menjalankan aktiviti perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan tabung kewangan Pelangi HUSM. Semua wang atau keuntungan yang didapati oleh Pelangi HUSM ini hasil dari penyertaannya semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Pelangi HUSM ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Pelangi HUSM, sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan kedua-duanya kepada mana-mana ahli atau pekerja Pelangi HUSM ini.

No comments:

Post a Comment