Pengerusi Pelangi HUSM, Datin Dayang Sufiah Azamain. |
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Terlebih dahulu, saya
merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa PELANGI HUSM yang sepakat untuk mengadakan majlis ringkas
pada pagi ini.
Sebagaimana yang semua sedia
maklum, majlis sumbangan zakat ini merupakan majlis pertama Persatuan Pelangi selepas berdaftar
secara sah dengan Pejabat Pendaftaran Persatuan pada bulan lalu.
PELANGI
HUSM
ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kebajikan dan melakukan amal jariah atau
kegiatan-kegiatan yang menuju kearah pendidikan dan kebajikan isteri dan staf
wanita HUSM.
Selain itu, ia juga
bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan menyatupadukan isteri
kepada staf dan staf wanita di semua peringkat pentadbiran. Selaras dengan itu,
majlis kita pada hari ini bersesuaian dengan tujuan PELANGI HUSM ditubuhkan.
Untuk makluman para hadirin
sekalian, PELANGI HUSM baru sahaja
mempunyai kira-kira 30 orang ahli. Justeru itu, marilah sama-sama kita
mengwar-warkan kepada semua tentang penubuhan persatuan ini kerana keahliannya
sedang dibuka sekarang.
Akhir kata, saya berharap
agar majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dan
berharap agar kewujudan PELANGI HUSM
diterima dikalangan warga HUSM.
Sekian, Wabillah hitaufik
walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.
Pengerusi Pelangi HUSM,
Datin Dayang Sufiah Azamain.
No comments:
Post a Comment